
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SIAPA YANG KENAL DIRINYA....SUNGGUH DIA TELAH MENGENAL TUHANNYA!
Dalam mengharungi kehidupan, manusia tidak dapat melepaskan diri dari memberi dan menerima bantuan. Malahan manusia tidak boleh menghadapi cabaran kehidupan ini dengan bersendirian. Dari aspek fizikal manusia sangat memerlukan bantuan dan pertolongan daripada anggota masyarakat yang lain. Tanpa bantuan tersebut manusia akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Dari aspek yang lain pula manusia memerlukan pertolongan dan kerjasama dalam melaksanakan tuntutan spritual mereka. Dari dua bentuk keperluan ini, maka syariat Allah S.W.T. telah menetapkan supaya manusia hendaklah setiasa merasakan konsep kebersamaan dan kekitaan untuk meneruskan kehidupan dari sudut yang zahir dan batin. Keadaan ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ .
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, danjanganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya ( bagi mereka yang melanggar perintah-Nya)
No comments:
Post a Comment