Saturday, January 31, 2009

Perjalanan melaksanakan ibadah melontar/2008


Masjidil Haram ketika musim haji


Masjidil Haram

Masjidil Haram merupakan masjid tertua di dunia. Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Masjidil Haram terletak di tengah-tengah kota Mekah. Sejak tahun ke-8 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh hal yang demikian itu, masjid ini menjadi tumpuan umat Islam dari berbagai-bagai penjuru dunia untuk melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka datang daripada pelbagai mazhab.

Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya Kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah Kaabah, yang berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno), dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu ketika membina atau mendirikan Kaabah), Hajar Aswad (batu hitam), dan telaga zamzam.

Masjidil Haram - sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi Kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil. Kerana tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Di sekeliling masjid ini terdapat tujuh buah menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama trendier iaitu: Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara ini turut menjadi model masjid di seluruh dunia.

Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat ad-Darimi, an-Nasai’ dan Ahmad)

Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman 140 kaki. Telaga ini juga disebut Telaga Ismail. Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya.

Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang, dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi 20 kaki (sekitar 6m) dan berdiameter 1.5 kaki (sekitar 0.5m) berjumlah 589 buah. Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 4 kaki (sekitar 1.2m). Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur terdapat dua tiang abu-abu. Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan. Pada bahagian tembok pula terdapat batu inskripsi yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, serta Asma ul Husna.





Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama, antara lain: (1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf; (2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan sa’i; (3) Bab as-Su’ud (pintu su’ud); (4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan (5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf.

Terowong Mu'aisim


Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah/Haji 2008


Jamrah al-'Aqabah


Tapak Rumah Salman al-Farisi


Kebun tempat Nabi menanam kurma Ajwa.


Masjid Jum'ah




Masjid Jumaah adalah sebuah masjid yang berada berhampiran dengan Masjid Quba. Masjid ini adalah masjid yang mula-mula sembahyang fardu Jumaat didirikan oleh Nabi s.a.w.Pada ketika khutbah Jumaat sedang diberikan oleh Nabi s.a.w. terdapat 40 orang sahabat sebagai jamaah jumaat pada ketika itu.Namun segerombolan pedagang dari Syam datang berhampiran masjid ini untuk memperdagangkan barang dagangan mereka, ketika itu seramai 26 orang sahabat meninggalkan Nabi yang sedang berkhutbah untuk bersama-sama melihat barang dagangan di luar masjid. Selepas 26 orang meninggalkan Nabi yang sedang berkutbah kemudian diikuti pula oleh 10 orang sahabat pada ketika itu hanya berbaki 4 orang sahabat bersama-sama Nabi s.a.w. Pada saa itu turun ayat di dalam surah al-Juma'ah.


Masjid pertama tempat dilaksanakan sholat Jum'at oleh Rasulullah SAW, setelah hijrah ke Madinah bersama kaum muhajirin itu, masih terpelihara dengan baik. Akan tetapi, jamaah haji yang berkunjung kesana hanya bisa berdoa diluar pintu, karena masjid tersebut hanya dibuka pada waktu-waktu sholat saja.

Tempat bermunajat Nabi di Masjid Tujuh







Masjid 'Ali k.w


Gua Sajadah/Haji 2008




Setelah beberapa ketika Baginda s.a.w. berada di Gua Sajadah, Nabi s.a.w. didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. membawa Khabar berita dari Allah S.W.T.tentang hukum bertaubat dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w.Ternyata hukum bertaubat dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w.adalah berbeza sama sekali dengan hukum bertaubat dalam kalangan umat terdahulu.Malaikat Jibril menerangkan bahawa cara bertaubatdalam kalangan umat Muhammad s.a.w. ialah dengan cara menyesali dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Hukum taubat ini sama sekali berbeza dengan hukum bertaubat terhadap umat terdahulu.Keadaan tersebut menyebabkan Nabi bersyukur dan bangun dari dalam Gua Sajadah lalu sujud kepada Allah S.W.T.

Kesan tapak kaki Rasulullah s.a.w




Setelah beberapa tahun Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah al-Muwawwarah,sedang ayat-ayat al-Quran berkaitan suruhan dan larangan terus diturunkan kepada Nabi s.a.w.pada ketika itu menyebabkan Nabi s.a.w merasa gelisah dan menaruh rasa bimbang terhadap keupayaan umatnya untuk menanggung perintah suruhan dan larangan dari Tuhannya.Kebimbangan Nabi s.a.w. bersandarkan kepada umat terdahulu,apabila mereka melanggar peraturan dan ketetapan Allah maka mereka dikehendaki bertaubat dengan membunuh diri mereka barulah kesalahan mereka terampun.Atas kebimbangan dan rasa gelisah tersebut Nabi s.a.w. menyendiri di Gua Sajadah dan sebelum sampai ke puncak bukit yang menempatkan gua tersebut sebelah kanan telapak kaki Nabi s.a.w. telah meninggalkan kesannya di atas batu seperti di dalam gambar di atas.

Friday, January 30, 2009

Gua Uhud


Syuhada' Uhud


Bukit Memanah di Medan Uhud

Masjid Qiblatain dan Masjid Quba'


Masjid Qiblatain

Disebelah Barat Laut Masjid Nabawi kurang 4 Km ada sebuah masjid yang bermenara dua berwarna putih bersih sangat cantik dan anggun. Masjid tersebut mula-mula dikenal dengan nama masjid Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universitas Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq. Pada permulaan Islam,orang melakukan salat dengan menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis di Yerussalem/Palestina. Pada tahun ke 2 Hijriyah hari senin bulan Rajab waktu Rasulullah sedang melaksanakan salat zuhur di masjid Bani Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144.

Dalam salat dhuhur tersebut mula-mula Rasulullah SAW menghadap ke arah Masjidil Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut di atas,beliau menghentikan sementara,kemudian meneruskan salat ke Masjidil Haram. Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka akhirnya. Masjid ini diberi nama masjid Qiblatain yang berarti Masjid berkiblat dua.

MASJID Qiblatain atau sering juga disebut sebagai Masjid Dua Kiblat, berada sekitar 4 kilometer di sebelah barat laut Masjid Nabawi. Masjid ini berwarna putih tampak sangat indah, memiliki dua menara dan berada di tepi jalan raya.

Masjid Qiblatain disebut Masjid Dua Kiblat, karena ketika itu Rasulullah SAW sedang menjadi imam sholat zuhur dan sudah menyelesaikan dua rakaat. Pada saat itu turun perintah Allah SWT agar Rasulullah dan jamaah masjid mengubah kiblat dari Baitul Maqdis di Masjid Aqsha di Palestina ke Ka'bah di Masjidil Haram Makkah. Menaati perintah itu, Rasulullah bersama jamaah sholat segera mengubah arah 180 derajat tanpa menghentikan sholat yang sedang dilaksanakan.





Masjid Quba



MASJID Quba merupakan masjid pertama yang dibangun oleh Nabi Muhammad SAW setelah hijrah dari Makkah ke Madinah. Di masjid inilah Rasulullah dan para sahabat sholat berjamaah secara terbuka. Masjid ini mengambil nama lokasinya yaitu sebuah kampung bernama Quba. Jaraknya sekitar 4 kilometer di sebelah selatan Masjid Nabawi. Diriwayatkan bahwa kala itu hampir setiap hari Sabtu Rasulullah SAW sholat di masjid ini. Karena itu Rasulullah menganjurkan kepada umat muslim agar berziarah dan sholat di Masjid Quba, mengingat pahalanya sama dengan menunaikan ibadah umroh.

Pada masa Umar bin Abdul Aziz menjadi Gubernur Madinah, Masjid Quba dipugar dan dilengkapi dengan bangunan menara untuk azan. Masjid dihiasi dengan ukiran. Setiap berganti kepemimpinan, Masjid Quba selalu direnovasi hingga pada masa Sultan Mahmud II (1245 H) sampai putranya Sultan Abdul Majid.

Pemugaran besar-besaran terjadi pada masa pemerintahan Raja Faisal bin Abdul Aziz pada 1388 H, sehingga Masjid Quba dibangun moderen. Dilanjutkan oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz pada 1405 H yang memperluas masjid.

Masjid Quba sekarang memiliki 56 kubah kecil dan enam kubah besar, dengan empat menara azan. Bagian tengahnya yang terbuka ditutup dengan terpal yang bisa bergerak secara elektrik. Masjid Quba bisa menampung sekitar 20.000 jamaah.

Tempat Bersandar Nabi di Bukit Uhud


'Ain Siti Zubaidah



'Ain Siti Zubaidah

Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah).
Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan". ALLahu... ALlah...






Siti Zubaidah ~ tokoh pembangunan yang berwawasan

Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.

Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.

Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya.

Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.

Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah. Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.



Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih beleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina. Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang
ramai yang datang ke Mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya

Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.

Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain. Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.

Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum.

Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang. Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.

Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam.

Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad.

Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.

Wali Allah tersebut bertanya, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?"

"Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai," kata Siti Zubaidah.

Masjid Fasah /Masjid Ijabah


Masjid Ijabah

MASJID lainnya adalah Masjid Al Ijabah. Masjid ini juga disebut masjid bani Mu\'awiyah karena berada di perkampungan kaum Anshar, bani Mu'awiyah bin Malik bin Rauf. Masjid ini dinamakan Masjid Ijabah, karena Rasulullah SAW berdoa dalam masjid ini tiga kali, kemudian Allah SWT mengabulkan dua doanya dan menolak yang ketiga.

Imam Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah bersada aku meminta kepada Tuhanku tiga hal, Ia memberiku dua hal dan menolak satu hal. Aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dengan kelaparan, Ia mengabulkannya, aku meminta kepada-Nya agar tidak membinasakan umatku dengan banjir besar, maka Dia mengabulkannya. Aku meminta kepada-Nya agar tidak dijadikan petaka umatku karena perselisihan sesama mereka, Dia menolaknya. (HR Muslim 2890).

Sholat di Masjid Al Ijabah terasa menenteramkan hati. Waktu kami sempat ikut sholat Ashar berjamaah di masjid ini.

Masjid Al Ijabah berada sekitar 385 meter sebelah utara pemakanam Baqi, atau sekitar 580 meter dari Masjid Nabawi. Masjid ini dipugar oleh Raja Fahd bin Abdul Azis pada 1418 H/1977. Luas masjid ini sekitar 1.000 meter persegi, beratap, dan pada bagian depan masjid terdapat kubah setinggi 13,7 meter, dilengkapi menara setinggi 33,75 meter.

Masjid Al Jumuah. Dinamakan demikian karena Rasulullah SAW pertama kali melaksanakan sholat Jumat di masjid ini ketika datang dari perkampungan Quba menuju Madinah Al Munawwaroh. Nama lain masjid ini juga disebut Masjid Bani Sali, Masjid Al Wadi, Masjid Al Ghubaib, dan Masjid Atikah.(rusli haudy)





Masjid Fasah

Jabal Nur dan Gua Hira'




Naik ke Jabal Nur (Mengunjungi Gua Hira')

Gua Hira adalah sebuah gua kecil yang terletak tak jauh dari puncak Jabal Nur. letaknya sekitar 6 Km sebelah utara Masjidil Haram. Di tempat inilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama.

Untuk menuju ke sana, diperlukan waktu sekitar 1.5 jam. Mulai dari kaki gunung, kita boleh menapak track yang sudah ada. Awalnya memang terasa mudah. Batu-batuan yang ada di sana boleh dijadikan tempat berpijak. Akan tetapi, sekitar 15 minit mendaki, ketika nafas sudah mulai tercungap-cungap, jalan setapak itu terasa sangat berat.


Dalam perjalanan ke puncak, kita dapat menjumpai beberapa penjual minuman. Baik yang berupa penjualn usungan, atau pun yang sudah mempunyai tapak sebagaimana kedai minum yang ada di terminal-terminal ibukota. Selain itu, ada beberapa peminta-minta yang sedang bertugas. Bagi yang sudah pernah Umrah atau Haji, bukan sebuah pemandangan asing bila kita menjumpai orang-orang yang mempunyai cacat fizikal seperti tangan dan kaki yang tidak sempurna. Pemandangan serupa pun juga dapat kita jumpai sepanjang perjalanan ke puncak Jabal Nur. Fantastik! Orang yang cacat seperti itu, boleh mendaki bukit yang bagi sebahagian orang yang sempurna pun sulit untuk didaki.

Menjelang ke puncak, kita juga dapat berfoto dengan Unta. Unta khas Saudi yang didandani sedemikian rupa yang oleh empunya-nya dapat dijadikan alat untuk mencari riyal demi riyal. Untuk berfoto dengan unta di Jabal Nur biayanya tidak sama seperti berfoto dengan haiwan berbonggol ini bila di Jabal Rahmah (Arafah).

Satu hal yang menarik lagi, bahawa di sepanjang jalan setapak itu, kita juga dapat menjumpai beberapa orang yang sibuk dengan ember, pasir, semen, dan "cetok". Mereka seolah-olah sedang memperbaiki beberapa tangga yang rosak.



Bila tiba di puncak Jabal Nur, kita akan disaji pemandangan yang sangat menakjubkan. Kota Mekah terlihat dari sini. Kenderaan-kenderaan yang berselirat di jalan terlihat seperti mainan. Di puncak ini, kita juga dapat temui beberapa fotografer amaturan. Mereka menggunakan kamera polaroid.

Di beberapa batu besar yang ada di puncak gunung, kita boleh melihat papan tanda yang bertuliskan "Jabal Nuur" atau "Gua Hira". Bagi jamaah yang baru ke sini, akan mudah terpedaya dengan tulisan-tulisan itu. Seolah-olah Gua Hira sudah di depan mata. Tapi mereka salah. Gua Hira tidak terletak di puncak Jabal Nur.




Untuk ke Gua Hira', dari Puncak Jabal Nur, kita harus menuruni tebing yang agak curam. Alhamdulillah sudah ada tangga yang kekal dan dinding yang tinggi untuk menjaga agar tidak jatuh ke jurang. Setibanya di bawah, kita harus belok ke kanan dan melewati celah sempit di antara dua batu besar. Sesudah melewati itu, di sebelah kiri, akan kita temui goa yang sangat bersejarah iaitu Gua Hira'.


Tidak terlalu luas. Hanya boleh diduduki oleh sekitar 4 orang. Dari dinding gua sebelah kanan, ada semacam celah yang menghubungkan gua ini dengan udara bebas di luar. Angin yang berhembus terasa sangat kencang. Dan sejuukkk.




Bila kita keluar dari gua tersebut, dan memandang arah ke bawah, maka dari jauh kita akan melihat Masjidil Haram. Sungguh, bila tak ada bangunan lain yang melebihi tinggi Ka'bah, maka kita pun akan dapat melihat Ka'bah, sebagaimana Rasulullah dulu sering memandangi Ka'bah dari tempat ini.




Subhanallah..! Sebuah perjalanan yang tak kan mungkin boleh dilupakan. Terbayang bagaimana perjuangan Rasulullah dahulu ketika berkhalwat di sini. Sungguh tidah mudah! Allahu Akbar!!!

Jabal Thur


Anak panah merah menunjukkan kedudukan Gua Thur. Bayangkan Asma' Abu Bakar yang naik turun dalam keadaan hamil 8 bulan untuk membawa bekalan makanan kepada bapa dan Nabi. Subhanallah!




Gua Thur terletak betul-betul di atas puncak Bukit Thur. Perjalanan ke Gua Thur mengambil masa kira-kira dua jam bagi seorang muda yang sihat.


JABAL THUR DAN GUA THUR

Bukit Thur terletak di tengah-tengah Makkah , kira-kira 4 km dari sebelah selatan masjidilharam. Tingginya ialah sekitar 458 meter. Pendakian ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 ½ jam. Pada masa sekarang, kawasan bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan Kudai.

Gua Thur merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke madinah. Ketinggiannya sekitar 1.25 m dengan panjang lebar sekitar 3.5 m × 3.5 m. Ia merupakan dua pintu : satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.Pintu di sebelah barat merupakan pintu yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Tingginya kira-kira 1m. Manakala pintu yang satu lagi lebih luas dan sengaja dibuat untuk keudahan orang ramai keluar masuk.

Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak musyirikin merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w, menahan atau menghalaunya. Lalu baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 safar selepas 14 trahun kenabian, bersamaan 12/13 september 622 masihi . Pemergian Rasulullah SAW ini telah ditemani oleh sahabatnya yang setia iaitu Abu-Bakar al-siddiq r.a.

Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Makkah.

Setelah itu mereka meneruskan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang akan menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah SAW, tetapi Baginda menenangkan beliau.

Diriwayat daripada Anas r.a bahawa Abu-Bakar menceritakan : “ Aku bersama Rasulullah s.a.w di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak musyirikin. Aku berkata : “ Wahai Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita”.

Baginda bersabda: “Wahai Abu-Bakar, apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah s.w.t merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?

Setelah 3 hari berasa di dalam Gua Thur, barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke madinah dengan menaiki dua ekor unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit atas arahan Abu bakar. ( Abdullah ketika itu masih belum memeluk islam, tetapi dia merupakan seseorang yang dipercayai oleh Abu Bakar). Maka pada malam Isnin awal bulan Rabi’ul Awal, tahun pertama hijrah, bersamaan 16 september 622H Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a dan Amir bin Fuhairah (pengembala kambing abu bakar) bertolak ke madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.

Masjid Bay'ah






JABAL Rahmah/Haji 2008

Jabal Rahmah Di Arafah




Kelihatan jemaah haji mengelilingi Jabal Rahmah ketika wukuf di Arafah

JABAL Rahmah, sering juga disebut dengan Jabal Ilal atau Jabal Arafah. Karena berada di Padang Arafah. Nama lain menyebut sebagai An Nabit dan Al Qurain, yang berarti bukit kecil.

Jabal Rahmah meliputi bukit batu besar di sebelah timur Arafah, berjarak sekitar 1.5 kilometer dari Masjid Namirah. Di puncak Jabal Rahmah terdapat tiang persegi empat, kira-kira setinggi 8 meter dengan lebar kurang dari 2 meter. Untuk ke puncak menaiki anak tangga, yang menurut catatan berjumlah 168 buah. Ada pula tapak batu di sekitar yang disebut As-Sakhrah.





Tapak batu tempat Nabi Muhammad SAW melaksanakan wukuf di hari Arafah ketika Haji Wada'. Di sinilah Allah menurunkan Surat Al Maidah ayat 3 kepada Rasulullah SAW.

Tentu sangat banyak jamaah ingin berwukuf di bekas tapak Nabi Muhammad SAW apabila memungkinkan, namun di tempat mana pun di Arafah semua boleh untuk tempat berwukuf. Seperti Sabda Rasulullah SAW, Aku berwukuf di sini dan bumi Arafah semua adalah tempat wukuf. (Hadist Muslim).

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengunjungi dan mendaki bukit-bukit bersejarah tersebut.


bertukar