Friday, January 30, 2009

Jabal Thur


Anak panah merah menunjukkan kedudukan Gua Thur. Bayangkan Asma' Abu Bakar yang naik turun dalam keadaan hamil 8 bulan untuk membawa bekalan makanan kepada bapa dan Nabi. Subhanallah!




Gua Thur terletak betul-betul di atas puncak Bukit Thur. Perjalanan ke Gua Thur mengambil masa kira-kira dua jam bagi seorang muda yang sihat.


JABAL THUR DAN GUA THUR

Bukit Thur terletak di tengah-tengah Makkah , kira-kira 4 km dari sebelah selatan masjidilharam. Tingginya ialah sekitar 458 meter. Pendakian ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 ½ jam. Pada masa sekarang, kawasan bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan Kudai.

Gua Thur merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke madinah. Ketinggiannya sekitar 1.25 m dengan panjang lebar sekitar 3.5 m × 3.5 m. Ia merupakan dua pintu : satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.Pintu di sebelah barat merupakan pintu yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Tingginya kira-kira 1m. Manakala pintu yang satu lagi lebih luas dan sengaja dibuat untuk keudahan orang ramai keluar masuk.

Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak musyirikin merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w, menahan atau menghalaunya. Lalu baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 safar selepas 14 trahun kenabian, bersamaan 12/13 september 622 masihi . Pemergian Rasulullah SAW ini telah ditemani oleh sahabatnya yang setia iaitu Abu-Bakar al-siddiq r.a.

Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Makkah.

Setelah itu mereka meneruskan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang akan menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah SAW, tetapi Baginda menenangkan beliau.

Diriwayat daripada Anas r.a bahawa Abu-Bakar menceritakan : “ Aku bersama Rasulullah s.a.w di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak musyirikin. Aku berkata : “ Wahai Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita”.

Baginda bersabda: “Wahai Abu-Bakar, apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah s.w.t merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?

Setelah 3 hari berasa di dalam Gua Thur, barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke madinah dengan menaiki dua ekor unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit atas arahan Abu bakar. ( Abdullah ketika itu masih belum memeluk islam, tetapi dia merupakan seseorang yang dipercayai oleh Abu Bakar). Maka pada malam Isnin awal bulan Rabi’ul Awal, tahun pertama hijrah, bersamaan 16 september 622H Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a dan Amir bin Fuhairah (pengembala kambing abu bakar) bertolak ke madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.

No comments:

Post a Comment