Seperti yang tercatat dalam sejarah bahawa pengalaman sesetengah daripada para sahabat ketika mereka berada di hadapan Nabi s.a.w. menunjukkan terdapatnya perbezaan jika dibandingkan dengan pengalaman ketika mereka berada jauh daripada Baginda s.a.w. Sebagai contoh, pengalaman yang dialami oleh Hanzalah r.a dan Abu Bakr al-Siddiq r.a. Kisah ini diceritakan sendiri oleh Hanzalah r.a. dengan katanya: عن حنظلة رضى الله عنه قال : لقينىأبوبكر رضى الله عنه قال : كيف أنت يا حنظلة ؟ قلت : نافق حنظلة . قال سبحان الله ما تقول ؟ ! قلت : نكون عند رسول الله صلى الله عليه وسلم يذكر بالجنة والنار كأنا رأى عين , فإذا خرجنا من عند رسول الله صلى الله عليه وسلم عافسنا الأزواج والأولاد والضيعات نسينا كثيرا قال أبو بكر رضى الله عنه : فوالله إنا لنلقى مثل هذا .
Maksudnya:
Daripada Hanzalah r.a., ia berkata: Abu Bakr r.a telah menemui aku lalu ia bertanya: Bagaimana (keadaan iman) engkau wahai Hanzalah? Aku pun menjawab: Hanzalah telah munafik. Abu Bakr menjawab: Subhānallāh, apakah yang engkau katakan ini wahai Hanzalah?! Aku berkata: Kita ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w., baginda itu mengingatkan kita tentang syurga dan neraka, kita seolah-olah melihat (syurga dan neraka itu) dengan mata kepala kita; bila kita berpisah daripada Rasulullah s.a.w., kitapun sibuk dengan isteri-isteri, anak-anak dan kerja-kerja kita, maka ketika itu kita lupa semuanya (tidak boleh ingat seperti berada di hadapan baginda lagi). Abu Bakr berkata: Demi Allah kamipun mengalami seperti (cerita engkau) ini.
Dari pengalaman dua orang sahabat yang tersebut di atas tadi menjelaskan kepada kita bahawa dengan bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. itu sebenarnya mereka telah mendapat taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Sehingga dengan taufik dan hidayah tersebut, Allah S.W.T. mengurniakan kepada mereka dengan terbuka hijāb hati dan dapat mushāhadah terhadap hakikat sebahagian dari apa yang telah diajarkan oleh Baginda s.a.w. kepada mereka.
Namun sifat hāl tersebut tidak kekal lama apabila mereka berjauhan dengan Nabi Muhammad s.a.w., malahan mereka terasa sukar mendapatkan kurnia Allah S.W.T. itu. Dari pengalaman yang telah dilalui oleh sahabat itu tadi, maka sesetengah sahabat apabila ia berjauhan dari Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka akan cuba sedaya upaya mengingatkan paras rupanya. Bukan sekadar itu tetapi para sahabat tersebut sentiasa teringat-ingat dan terbayang-bayangkan Baginda s.a.w., sentiasa memikir-mikirkan kehidupan dan makan minumnya, sihat atau sakitnya, senang atau susahkah ia, dan sebagainya lagi adalah tanda kasih dan sayang mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Kisah-kisah tentang para sahabat yang menyentuh keadaan itu sememangnya banyak kita temui dalam sirah Rasul s.a.w. yang rasanya tidak perlu untuk diperturunkan di sini. Keadaan tersebut adalah lahir dari sebab keyakinan dan ketergantungan hati para sahabat yang cukup kuat dan kental terhadap Baginda s.a.w., malahan perasaan kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap diri Rasulullah s.a.w itulah yang menyebabkan mereka mencapai maqām yang tinggi di sisi Allah S.W.T. Demikianlah seterusnya, kesinambungan suasana ketergantungan dan kecintaan hati terhadap seseorang yang dekat dengan Allah S.W.T. seperti yang berlaku antara para sahabat dengan Baginda s.a.w., telah diteruskan dalam amalan tasawwuf dengan menjaga suasana hubungan yang baik antara seorang yang bergelar syeikh dengan para muridnya.
Menurut pandangan Syeikh ‘Abd al-Ghāni al-Nāblusi, perkataan al-rābitah dari sudut istilah al-sufiyyah ialah: ربط المريد قلبه بالشيخ الكامل الذى وصل بروحه وقلبه إلى مقام المشاهدة وتحقق في نفسه بالصفات الذاتية المنسوبة إلى ذات الله تعالى من غير كيف ولا كيفية على التنزيه المطلق .
Maksudnya:
Murid itu menambat atau menggantungkan hatinya dengan seorang syeikh yang kāmil (sempurna atau telah wusul kepada Allah S.W.T.) iaitu syeikh yang roh dan hatinya telah mencapai maqām mushāhadah dan tahqiq (benar-benar ada) di dalam dirinya (diri batinnya) berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zat Allah Ta’ala, tanpa rupa dan keadaanya, didasarkan kepada kesucian yang mutlak.
Ungkapan beliau di atas jelas menunjukkan makna dan maksud al-rābitah. Perkataan al-rābitah di sini menggambarkan satu keadaan di mana wujudnya cetusan rasa kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam terhadap seorang yang bergelar syeikh atau guru itu. Untuk memperjelaskan lagi hubungan kasih dan sayang di antara keduanya (syeikh dan al-sālik) marilah kita lihat apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Abdullah Abdul Talib seperti yang telah beliau ceritakan kepada Zulkarnain Zakaria seperti berikut:
Kita ni kalau menuntut ilmu, kita mesti beramal. Kerana berkatnya ilmu itu, mesti kita nampak guru kita tu masa kita beramal. Begitulah istimewanya Allahyarham di mata saya. Sehingga sekarang bila saya angkat saja tangan untuk takbir bagi memulakan sembahyang dan kemudian masuk niat, saya mesti terbayangkan wajah Allahyarham. Setiap kali saya hadap tikar sembahyang, seperti dia ada di sebelah. Bila pegang tasbih, nampak muka arwah. Belum pernah satu hari pun saya terlupakan dia (menangis).
Syeikh Husayn Ahmad al-Dawsuri memberikan definisi al-rābitah tersebut dengan katanya: أن من جالس شخصا سيما إذا كان الجلوس على طريق المحبة والاعتقاد لا بد أن ترسم صورته فى ذهنه , فمهما تذكره تخيل صورته فإن كان الشخص من أحبأ الله فتخيل صورته يدعوا إلى محبته و الشوق اليه ومحبته مطلوبة والشوق إليه محبوب فتخيل صورته محبوب إذ من تصور موصوفا تصور صفاته فإذا كان صفاته محبوبة عند الله فتصوره الموجب لتصور صفاته المحبوبة محبوب , ولا معنى للرابطة سوى هذا .
Maksudnya:
Sesungguhnya sesiapa yang berhubung rapat dengan seseorang, terutamanya jika perhubungan itu dalam suasana kasih sayang dan iktikad (yang baik), sudah pastilah rupa orang itu akan tergambar di dalam ingatannya. Bila ia ingatkan orang itu maka tergambarlah rupanya. Jika orang yang tersebut dari kalangan orang-orang yang dicintai Allah S.W.T. , maka menggambarkan rupanya (dalam ingatan) itu akan mendorongkan untuk mencintai Allah S.W.T. dan rindukanNya. Mencintai Allah S.W.T. itu sememangnya dituntut dan rindu kepada Allah S.W.T. itu adalah (merupakan sifat) yang dikasihi. Oleh itu menggambarkan orang yang tersebut itu juga adalah (merupakan sifat) yang dikasihi juga kerana sesiapa yang menggambarkan (rupa) seseorang maka akan tergambarlah sifat-sifatnya. Jika sifat-sifat orang itu dikasihi di sisi Allah S.W.T. maka menggambarkan rupanya yang boleh memestikan tercapainya gambaran sifat-sifatnya itu adalah merupakan (perbuatan) yang dikasihi (oleh Allah S.W.T.) juga. Tidaklah ada makna rābitah itu kecuali (yang tersebut) ini.
Terdapat sebahagian daripada ulama tasawwuf memberikan definisi al-rābitah.
تعلق قلب المريد بشيخه على وجه المحبة Maksudnya:
Menggantungkan hati murid dengan syeikhnya di atas dasar kasih dan sayang.
Apabila seorang al-sālik tidak berada di samping syeikhnya, kerana berjauhan atau kematian tentu sahaja dia akan teringatkan syeikhnya itu. Apabila ingatan itu terjadi yang pastinya rupa syeikhnya itu juga akan terbayang dalam ingatan atau khayalannya. Jika seorang itu telah jatuh kasih sayangnya (jatuh cinta) dengan seorang perempuan, tentu sahaja ia akan terbayang-bayang dan teringatkan orang yang dikasihi itu, sedang yang diharapkan hanyalah tubuh badannya sahaja. Oleh yang demikian apatah lagi bagi seorang yang al-sālik itu yang menaruh harapan sepenuhnya terhadap asuhan, didikan dan bimbingan daripada syeikhnya yang bakal dapat menyempurnakan kehidupan rohaniahnya sudah tentulah keadaan ini lebih hebat jika dibandingkan dengan cinta kepada seorang perempuan itu. Kalau kita lihat dan teliti segala peristiwa ini tentu dapat kita menukilkan beberapa peristiwa yang berlaku di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan hubungan kasih dan sayang ini, di antaranya ialah satu peristiwa yang berlaku kepada Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang dilaporkan kepada kita oleh Imam al-Bukhāri: إن أبا بكر الصديق اشتكى إلى النبى صلى الله عليه وسلم عدم انفكاكه عنه حتى كأنه يراه فى بيت الخلأ.
Maksudnya:
Sesungguhnya Abu Bakr al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang (pengalamannya yang mana beliau) terasa tidak bercerai daripada Nabi sehingga di dalam bilik air pun dia masih seolah-olahnya melihat wajah Nabi itu.
Manakala menurut pandangan Syeikh Muhammad ibn ‘Abdillah al-Khāni al-Khālidi dalam kitabnya antara lain menyatakan: الطريقة الثانية : الرابطة وهي طريقة مستقلة للوصول وعبارة عن ربط القلب بالشيخ الواصل إلى مقام المشاهدة التى تحقق بالصفات الذاتية وحفظ صورته فى الخيال ولو بغيبته فرؤيته بمقتض " الذين إذا رؤا ذكر الله .
Maksudnya:
Jalan yang kedua: al-Rābitah merupakan satu jalan yang tersendiri untuk mencapai tahap al-wusul. Suatu keadaan di mana seorang al-sālik menambatkan hatinya dengan syeikhnya yang telah mencapai maqām al-mushāhadah. Dan tahqiq (benar-benar adanya) di dalam dirinya (diri batinnya) dengan sifat al-dhātiyyah. Dan hendaklah murid itu mengingati rupa gurunya (syeikhnya) di dalam khayalannya sekalipun pada waktu ketiadaannya (syeikhnya) Melihat dan menggambarkan ini adalah sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w: Mereka yang dipandang maka orang yang memandang itu akan ingat kepada Allah S.W.T.
Menurut pandangan ‘Abd al-Mājid bin Muhammad al-Khāni pula, al-rābitah itu seperti yang beliau nyatakan sebagai: وهى أن يستحضر المريد صورة شيخه الكامل المشهود بالوصول إلى مقام الفنأ والبقأ الاتمين مستمدا من روحانيته وأنواره .
Maksudnya:
Al-Rābitah itu ialah seorang yang al-sālik menghadirkan atau membayangkan rupa guru syeikhnya yang kāmil yang telah wusul ke maqām al-fanā` dan al-baqā` dengan berpegang kepada rohaniah dan cahayanya.
Rasa kasih sayang, hormat, taat, sangat memerlukan bimbingan dan asuhan daripada syeikhnya itu antara sebab yang mendorong seorang yang sālik sentiasa teringat dan terbayang-bayang rupa wajah syeikhnya. Semua keadaan tersebut adalah konsep paling asas yang menjadi dasar kepada amalan al-rābitah yang dianggap sebagai ciri penting dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf. Disiplin ini telah diakui dan ditegaskan kepentingannya oleh para ulamak tasawwuf sendiri.
Dari beberapa definisi al-rābitah yang telah disebutkan di atas tadi memperlihatkan dengan jelas kepada kita tentang hakikat daripada hadis Baginda Rasulullah s.a.w tentang ihsān seperti yang disabdakannya: أن تعبد الله كأنك تراه .
Maksudnya:
Jika kamu menyembah Allah S.W.T., maka sembahlahlah seolah-olah kamu melihatNya.
Hadis di atas memerintahkan kepada kita agar setiap pengabdian itu hendaklah dilakukan seolah-olah kita berhadapan dan melihat Allah S.W.T. Kenyataan ini lebih jelas dengan penggunaan kalimah كأنك yang melambangkan maksud seolah-olah atau seakan-akan. Dari kenyataan tersebut tentu dapat membantu kita dalam memahami kalimah كأنك تراه . Kerana apa yang cuba digambarkan dalam hadis tersebut ialah satu suasana atau keadaan di mana rohaniah seseorang itu merasakan seolah-olah atau seakan-akan melihat Allah S.W.T., bukan dalam erti berhubung yang membawa maksud ittisāl, atau apa jua yang melibatkan perhubungan yang bersifat jasmaniyyah, namun apa yang cuba dikemukakan di sini ialah rohaniah yang menjadi hakikat kemanusiaan itu sebenarnya boleh mencapai ke tahap kesempurnaan sehingga mencapai ke maqām ihsān itu. Justeru kerana itu, amalan al-rābitah ini ialah satu amalan yang cuba menjelaskan tentang konsep كأنك تراه yang tersebut dalam hadis itu tadi. Dengan konsep al-rābitah itu juga seorang yang al-sālik akan dapat merasa-rasakan melihat Allah S.W.T. dengan penglihatan batin yang bersifat al-shuhudiyyah seperti yang dikehendaki oleh hadis Rasulullah s.a.w itu tadi.
Oleh itu para ulamak tariqat dan tasawwuf telah menjelaskan kepada kita tentang apa yang dimaksudkan dengan al-rābitah itu dengan kata mereka: فالرابطة عند أهل الطريقة هى الخلا الحميدة والآداب الشريفة التي تربط قلب العبد على الحضور فى حضؤر الحق تعالى بما ينبغى له من كمال المحبة والتقديس والتنزيه. أو حضرة الرسول صلى الله عليه وسلم أو حضرة ورثته الكامل المرشدين ( الذين إذا رؤوا ذكر الله تعالى )
Maksudnya:
Al-Rābitah yang diamalkan di kalangan ahli tariqat itu ialah sifat yang terpuji dan sebahagian dari adab-adab al-syari’at. Amalan ini boleh mengikat hati seorang al-sālik agar hudur dengan hadirat Allah S.W.T dengan sesuatu yang sesuai dengan sifat Allah S.W.T seperti kesempurnaan mahabbah, taqdis dan tanzih. Atau hudur ke hadirat Rasul s.a.w atau hudur dengan para pewaris Rasulullah s.a.w yang bersifat dengan sifat kesempurnaan dan yang memberikan petunjuk: Mereka yang dipandang maka orang yang memandang itu akan ingat kepada Allah S.W.T.
Dari beberapa buah definisi al-rābitah yang telah dikemukakan di atas, dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan tentang bentuk dan ciri-ciri penting yang membentuk konsep al-rābitah tersebut. Antara ciri-ciri penting itu ialah:
1- Rasa kasih sayang yang mendalam daripada seorang sālik atau murid terhadap guru/syeikhnya. 2- Kesan daripada hubungan yang mendalam tersebut menyebabkan hati sālik atau murid tersebut sentiasa ingatkan guru atau syeikhnya. 3- Apabila seorang yang sālik atau murid sentiasa ingatkan kepada guru atau syeikhnya, maka pada saat itu akan terbayanglah rupa gurunya dalam khayalan atau ingatannya. 4- Syeikh yang dijadikan tempat pergantungan itu adalah di kalangan mereka yang telah sampai ke maqām mushāhadah dan bersifat dengan sifat al-kāmil dari sudut ma‘rifah dan takwanya. 5- Antara maksud dan tujuan kasih dan sayang seorang murid atau sālik terhadap guru atau syeikh tersebut ialah agar dia (sālik) turut dikasihi oleh Allah S.W.T disebabkan dia (sālik) mengasihi orang yang dicintai dan dikasihi oleh Allah S.W.T.
Dari berbagai fakta yang telah dihuraikan di atas tadi, maka dapatlah kita menyimpulkan di sini bahawa al-rābitah itu merupakan satu amalan di mana seorang yang sālik sentiasa membayangkan rupa guru atau syeikhnya dalam semua situasi seperti yang telah disebutkan oleh al-Khāni dengan katanya: فالواجب عليه أن يشهد شيخه ويصور صورته حتى يمد من الله تعالى بسبب تعظيم صورة شيخه الممد منه تعالى ويبقى على ذلك حتى يحصل له الفتح .
Maksudnya:
Maka menjadi satu kewajipan bagi seorang yang sālik itu menyaksikan syeikhnya dan membayangkan rupanya sehingga Allah S.W.T. melimpahkan kurniaNya kepada kamu dengan sebab kebesaran dan kemuliaan yang Allah S.W.T. telah kurniakan kepada rupa guru itu. Maka hendaklah mengekalkan perbuatan tersebut (menggambarkan rupa syeikh itu) sehingga Allah S.W.T. membukakan kepadanya dengan berbagai limpahan yang bersifat Ilahi.
Amalan ini (rābitah) merupakan wasilah bagi memudahkan seorang yang sālik atau murid itu menerima limpahan nur hidāyah dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Amalan ini khas bagi seorang sālik atau murid yang sukar untuk mendapatkan limpahan nur hidāyah dan kecintaan daripada Allah S.W.T. kecuali dengan melakukan al-rābitah. Namun bagi mereka yang tidak memerlukan amalan rābitah bagi tujuan untuk mendapatkan limpahan nur hidāyah dan kasih sayang daripada Allah S.W.T., maka tidaklah perlu baginya untuk berbuat demikian. Malahan wajib bagi sālik atau murid itu meninggalkan amalan tersebut bagi mengelakkan dirinya berada pada maqām al-nuzul dari maqām al-taraqqi. Hal ini telah diterangkan oleh Syeikh Muhammad ibn ‘Abdillah al-Khāni dengan katanya: اعلم أن المريد إنما يحتاج الى الرابطة إن لم يقدر على الاستفاضة من الله تعالىn من غير واسطة فان قدر عليها يجب عليه ان يترك الرابطة لأن الاشتغال بالرابطة حينئذ اعتبار التنزل عن التراقى وترجيح مرتبة الحجاب على مقام الشهود وذلك اعراض عن الله تعالى .
Maksudnya:
Ketahuilah bahawasanya seorang murid itu memerlukan amalan rābitah jika sekiranya murid itu tidak boleh mendapatkan limpahan (rahmat dan hidayat) daripada Allah S.W.T. tanpa wāsitah (perantaraan). Maka sekiranya murid itu boleh mendapatkan limpahan tersebut tanpa wāsitah, maka wajiblah ke atasnya meninggalkan amalan rābitah itu, kerana penumpuan terhadap rābitah pada ketika itu dianggap sebagai proses menurun dari proses menaik dan juga sebagai perbuatan melebihkan martabat hijāb dari maqām shuhud. Yang demikian itu adalah merupakan perbuatan berpaling daripada Allah S.W.T.
Dalam perbincangan ini perlu rasanya penulis mengingatkan bahawa ketika melakukan amalan rābitah tersebut, seorang murid atau sālik janganlah ada niat di dalam hatinya untuk meminta pertolongan apa-apa daripada syeikhnya itu, atau meyakini apa juga keyakinan yang menganggap bahawa guru atau syeikhnya itu berupaya memberikan sesuatu yang dihajatinya. Namun apa yang perlu dilakukan di sini ialah seorang yang sālik itu hanya berharap kepada Allah S.W.T. semata-mata dengan keberkatan daripada syeikhnya itu, ia juga akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dengan dikasihi Nya di samping mendapat limpahan rahmat daripadaNya. Dalam konteks ini agak mudah untuk kita jelaskan bahawa terdapat banyak dalil daripada al-Qur’an tentang amalan mendapatkan keberkatan itu seperti yang telah dilakukan oleh orang yang terdahulu. Antaranya Allah S.W.T merakamkan dengan berfirman: اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ .
Maksudnya:
Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkan dia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali. Dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya.
Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamis itu ke wajah Ya‘qub, lalu kembalilah penglihatannya .
Ayat di atas menunjukkan tentang keharusan melakukan tabarruk, yang jelas dalam ayat tersebut bahawa pulihnya penglihatan Nabi Ya‘qub a.s. itu adalah urusan daripada Allah S.W.T., Dialah yang memilik sifat مؤثر terhadap sesuatu, sedang bertabarruk dengan baju Yusuf a.s. itu hanyalah sebahagian dari bentuk wasilah untuk mencapai maksud pemulihan tersebut.
Amalan rābitah adalah disandarkan kepada sumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Perasaan kasih sayang, hormat, taat, memerlukan bimbingan dan asuhan daripada syeikhnya dan sebagainya, adalah antara sebab yang mendorong seorang yang sālik atau murid itu sentiasa teringat dan terbayangkan syeikhnya. Itulah asas yang membina konsep amalan al-rābitah yang dianggap sebagai satu ciri terpenting dalam amalan tasawwuf dan tariqat. Hal ini telah diperakukan oleh para ulama tasawwuf itu sendiri. Malahan ulama tasawwuf mengakui bahawa amalan al-rābitah itu adalah amalan yang sah di sisi syariat dan bukannya amalan bidaah seperti yang telah didakwa.
Dalam bab yang ketiga ini akan dibincangkan latarbelakang yang berkaitan dengan al-rābitah secara ringkas. Dengan penjelasan itu nanti akan memudahkan untuk kita memberikan pandangan dan ulasan khususnya yang berkaitan dengan definisi, konsep dan apa juga yang ada kaitan dengan perbahasan ini. Dalam bab ini juga akan dibincangkan peranan seorang syeikh dalam mengasuh dan mendidik seseorang murid, begitu juga akan dibincangkan peranan seseorang murid terhadap gurunya. Tujuan perbincangan ini adalah untuk melihat dengan secara mendalam bagaimana hubungan di antara syeikh dengan murid itu akan menimbulkan satu konsep yang tersendiri di dalam disiplin ilmu dan amalan tasawwuf iaitu al-rābitah.
3.2 DEFINISI AL-RĀBITAH.
3.2.1 Al-Rābitah dari sudut bahasa. Istilah al-rābitah jika ditinjau dari sudut bahasa, ia diambil dari perkataan الربط. Perkataan ini berasal dari katakerja ربط , يربط , ربطا , مربوط , ربيط . Sedang kata jamaknya pula ialah ربط . Istilah al-rābitah ini biasanya digunakan mengikut kesesuaian yang berdasar kepada berbagai bentuk , sama ada dilihat dari sudut perbezaan wazannya atau pun dari sudut perbezaan dalam konteks penggunaan dan pemakaiannya. Sebagai contoh apabila dikatakan :
1- ربط الشيىء ربطا فهو مربوط وربيط Ayat di atas membawa maksud memeperkemaskan sesuatu ikatan.
2- رباط الشيىء Ungkapan di atas membawa kepada beberapa maksud antaranya : a) Ayat di atas membawa maksud sesuatu yang diikat . Dalam ertikata lain ia juga dikatakan sebagai تشد به القربة yang membawa maksud mengikat dengannya akan tempat air. b) Ayat di atas juga membawa maksud : مواظبة على الأمر yang bererti: sentiasa berterusan di dalam membuat sesuatu urusan. c) Seterusnya ia membawa kepada makna :ملازمة ثغر العدو كا لمواظبة yang bererti: sentiasa berwaspada terhadap musuh.
3- Sedang kalimah al-murābitah pula pada asalnya membawa maksud setiap satu kumpulan mempunyai tempat khas untuk menambat kuda-kuda mereka. Dari sini dinamakan tempat menambat kuda itu dengan nama رباطا .
Dalam al-Qur’an Allah S.W.T berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T., supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Dalam firman Allah S.W.T di atas tadi, terdapat tiga kata kerja suruh (fi‘l al-amr) di antaranya: اصبروا : Membawa maksud bersabar di atas segala kesukaran dan kesusahan yang dihadapi ketika akan, sedang dan selepas melaksanakan ibadah dan musibah. وصابروا: Membawa maksud perangilah musuh-musuh Allah S.W.T. dengan penuh kesabaran ketika dalam peperangan. Demikian juga ketika memerangi musuh al-nafs, al-hawā dan syaitan. ورابطوا: Membawa maksud kuatkan semangat jihad ke atas musuh-musuh kamu semasa peperangan di samping kuatkan persediaan untuk hari peperangan tersebut. Perkataan rābitu dengan kata jamak itu juga terkadang membawa maksud muhāfazah iaitu menjaga, memelihara,mengawasi dan berhati-hati dengan waktu solat. Perkataan ini digunakan juga kepada maksud muwāzabah iaitu pengawasan, penelitian dan penjagaan ke atas solat.
4- Kadangkala digunakan perkataan al-ribāt kepada makna intizār iaitu menunggu dari satu waktu solat ke waktu solat yang lain. Ini dapat kita lihat dengan jelas dari sabda Rasulullah s.a.w: ألا أدلكم على ما يمحو الله به الخطايا ويرفع به الدرجات , قالوا بلى يا رسول الله قال اسبغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطأ إلى المساجد , وانتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط .
Maksudnya:
Adakah tidak mahu aku tunjukkan kepada kamu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan di samping mengangkat darjat kamu? Mereka menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya: Sempurnakanlah wuduk walaupun dalam keadaan susah (di waktu sakit dan sejuk) dan perbanyakkanlah langkah untuk menuju ke masjid, dan menanti waktu solat selepas waktu solat. Demikian itulah al-ribāt, demikian itulah al-ribāt, demikian itulah al-ribāt.
Dalam hadis yang tersebut di atas jelas segala amal-amal soleh itu diumpamakan dengan perkataan al-ribāt yang membawa maksud lazamtu. Ayat di atas membawa maksud melazimkan atau membiasakan diri ke atas amal-amal soleh. Oleh yang demikian perkataan al-ribāt di sini sebenarnya mengandungi maksud lazamtu yang melambangkan kepada ikatan di antara dua hubungan. Sebagai contoh: Menyempurnakan wuduk, pergi ke masjid dan sebagainya akan mengikat pelakunya dari melakukan maksiat dan memelihara dari beberapa perkara yang diharamkan.
5- Perkataan al-rābitah juga membawa makna العلقة dan الوصلة. Yang membawa maksud ketergantungan dan kesampaian. Seterusnya kita dapat lihat dari keterangan yang dikemukakan oleh al-Qur’an tentang perkataan al-ribāt yang membawa maksud demikian seperti di dalam firmanNya: وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ .
Maksudnya:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh-musuh Allah S.W.T. dan musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah S.W.T. mengetahuinya.
Perkataan al-ribāt yang terdapat dalam ayat di atas jelas membawa maksud berwaspada dan bersedia. Ayat ini juga memperlihatkan kepada kita adanya hubungan di antara dua aspek, iaitu hubungan di antara kekuatan tentera dan pasukan berkuda dengan kejayaan dan kesampaian (al-wuslah). Hubungan tersebut jelas akibat dari penggunaan perkataan al-ribāt seperti yang terdapat dalam ayat di atas.
Pembalasan yang diperuntukkan terhadapa penzina, samada lelaki ataupun perempuan, samada yang belum muhsan (berkahwin) atau yang sudah muhsan. Kalau kita menyoroti kembali sejarah perkembangan pembalasan ke atas penzina, kita dapati pada permulaan Islam, ia berupa penahanan di dalam rumah-rumah dan tindakan yang menyakitinya samada dengan kata-kata atau sebat. Pembalasan sebegini adalah berdasarkan kepada firman Allah: surah An-Nisa ayat 15,
yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu)." (An-Nisa,15)
Ayat di atas dengan jelas menunjukkan satu jenis pembalasan yang hanya diperuntukkan terhadapa penzina perempuan sahaja, iaitu pengajaran di dalam rumah sehingga mati. Tetapi oleh kerana ia hanya menetapkan pembalasan ke atas kaum perempuan sahaja, maka akibatnya bilangan penzina lelaki kian bertambah, lalu diturunkan pula ayat berikutnya yang khusus tentang pembalasan terhadap kaum lelaki yang berzina pula, firman Allah, surah An-Nisa , ayat 16 :
Yang bermaksud: "Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya." (An.Nisa,16)
Jelas dari ayat di atas bahawa kaum lelaki yang berzina samada muhsan atau tidak, akan disakiti dengan kata-kata yang memburukkan dan memalukan mereka, atau kata-kata kesat serta hubungan yang tidak mesra, atau mencaci cela serta memukul mereka dengan sandal.
Kemudian pembalasan di atas ditukar kepada pembalasan sebat dan buang daerah ke atas penzina yang belum muhsan dan pembalasan rejam sampai mati (samada bersama-sama sebat seratus kali atau tidak) ke atas penzina yang telah muhsan. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh turunnya firman Allah yang memansuhkan pembalasan sebelumnya, iaitu: surah An-Nur , ayat 2:
Yang bermaksud: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (An-Nur,2)
Dan firman Allah di dalam sepotong ayat yang telah dimansuhkan bacaannya : bermaksud, "lelaki tua dan perempuan tua, apabila mereka berzina maka kamu rejamlah kedua-dua mereka sebagai satu amaran daripada Allah". (Riwayat Ibn Majah, 2:854.)
Rasulullah SAW telah bersabda:yang bermaksud, "Ambillah daripada saya, sesungguhnya Allah telah mengadakan jalan keluar untuk mereka (iaitu perempuan-perempuan yang berzina), jika dara dengan teruna maka disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun, jika janda dengan duda maka sebat seratus kali dan direjam dengan batu." (Hadith di Riwayatkan Muslim, 11:190, Abu daud, 12:93, Al- Tirmidhi, 4:705 dan Ibn Majah, 2:853)
Itulah tiga bentuk pembalasan (iaitu sebat, rejam dan buang daerah) yang kekal sehingga hari ini sekalipun terdapat pandangan yang kurang sihat daripada sebahagian orang yang menganggap ketiga-tiganya sebagai pembalasan paling kejam dan tidak berperikemanusiaan serta tidak layak dilaksanakan pada zaman bertamadun ini. Hukum Allah tetap milikNya,kita hanyalah hamba-hamba yang wajib mematuhi kehendak dan suruhanNya.
Sebarang pandangan yang singkat tidak harus dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan hukum-hukum Allah. Tujuan diadakan pembalasan di dalam Jenayah Zina ialah untuk mengawal keturunan manusia daru bercampur aduk dan mengawal kehormatan mereka dari tercemar.[1]
[1] 'Abd al-Qadir 'Audah, al-Tashri' al-Jinai al-Islami, 2:379, 380; Dr Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh,6:38.
Mohon rujuk majalah Tanwir edisi Ogos-September 2009. Majalah ini diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),Kementerian Penerangan komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Lihat isu berkaitan Hukum Semasa.
Hukum wanita berjabat tangan dengan lelaki, kedudukan hukum rejam ke atas penzina : Qardhawi & Abu Zuhrah sembunyi fatwa!! Oleh Panel penulis JASA.
Sedikit yang saya faham, penulis cuba memutarbelitkan hukum berkaitan penzina. Seperti yang kita tahu, hukum ke atas penzina yg belum berkahwin dan sudah berkahwin adalah berbeza. Jika belum berkahwin, hukumannya sebat 100 kali dan dibuang negeri selama 1 tahun. Hukum penzina yang telah berkahwin adalah sebat 100 kali dan rejam sampai mati.
Tetapi dalam majalah Tanwir berkaitan isu ini, penulis itu menyatakan bahawa hukum penzina samada sudah berkahwin dgn belum berkahwin adalah sama sahaja, iaitu sebat 100 kali. Tidak ada Hukum Buang Daerah atau HukumRejam bersama-sama dengan hukum sebat itu. Ini berdasarkan dengan pemansuhan surah an-Nur ayat 2 . Walaupun ayat itu telah dimansuhkan tetapi hukum nya kekal (tetap) berdasarkan hadith nabi,yang bermaksud "lelaki tua dan perempuan tua, apabila mereka berzina maka kamu rejamlah kedua-dua mereka sebagai satu amaran daripada Allah". riwayat Ibn Majah, 2:854.
Saya telah merujuk sebuah Buku Undang-Undang Jenayah Islam (Jenayah Hudud) Karangan Dr Mat Saad Abd Rahman, HIZBI, Shah Alam,1993. Menurut buku ini ,Para ulama telah berijma' tentang peruntukkan Hukum ke atas penzina yang belum muhsan adalah sebat 100 kali bersama-sama Hukum Buang Daerah selama 1 tahun dan Hukum penzina yang sudah muhsan adalah Hukum sebat bersama Hukum Rejam sampai mati sebagai satu pembalasan ke atas penzina dan ia diterima oleh kesemua orang Islam kecuali kumpulan Khawarij Azariqah sahaja yg menolaknya. Pada Pendapat mereka, pembalasan ke atas penzina yang sudah muhsan adalah sama dengan pembalasan ke atas penzina belum muhsan iaitu hukum sebat yg sabit menerusi firmanNya di dalam surah al-Nur, ayat 2.Dan mereka menolak hadith2 yang berkaitan dengan hukuman rejam kerana ia dikatakan belum sampai masa ke peringkat hadith mutawatir.
Rejam adalah satu pembalasan, berat dalam jenayah zina yang bermaksud membunuh penzina yang sudah muhsan menerusi lontaran batu atau apa sahaja yang seumpamanya. Perlaksanaannya adalah terikat dengan kesempurnaan sifat ihsan dalam diri penzina. Kesempurnaan sifat ihsan pula terikat dengan beberapa syarat, sebahagian yang lain hanya diterima oleh setengah-setengah ulama' sahaja.
Selain pembalasan rejam terdapat pula pembalasan kedua yang diwajibkan ke atas penzina yang muhsan, iaitu sebat yang disebut oleh Rasullulah SAW di dalam Hadithnya: "...duda( apabila berzina) dengan janda disebat seratus kali dan direjam dengan batu. " Akan tetapi para ulama' telah berselisih pendapat tentang apa kah penzina muhsan hanya dikenakan pembalasan rejam sahaja atau rejam bersama-sama dengan sebat?
Sebahagian ulama' mengatakan bahawa sebat merupakan pembalasan kedua ke atas penzina yang muhsan. Mereka berhujah dengan firman Allah : surah an-Nur ayat 2, " Perempuan yang berzina dan lelai yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap orang daripada keduanya-duanya seratus kali sebat."
Dari ayat di atas telah menyebut hukuman sebat sebagai pembalasan asasi di dalam Jenayah Zina. Selepas itu sunnah pula menambahkan hukuman rejam ke atas penzina yang muhsan dan hukuman buang daerah ke atas penzina yang bukan muhsan sebagai pembalasan lain disamping hukuman sebat, di antaranya Rasullulah SAW telah bersabda : "Ambillah daripada saya, sesungguhnya Allah telah mengadakan jalan keluar untuk mereka (iaitu penzina perempuan), teruna ( apabila berzina) dengan dara disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun, dan duda ( apabila berzina) dengan janda disebat seratus kali dan direjam dengan batu." (Hadith di riwayatkan Muslim, 11:190, Abu daud, 12:93, Al- Tirmidhi, 4:705 dan Ibn Majah, 2:853)
Dengan kerana itu, wajiblah dikumpulkan kedua-dua pembalasan itu ke atas penzina yang muhsan... 'Ali semasa pemerintahannya, telah menjalankan kedua-duanya ke atas seorang perempuan muhsan yang dikenali sebagai Sharahah apabila beliau menyebatnya pada hari Khamis dan merejamnya pada hari jumaat. 'Ali berkata, saya menyebatnya dengan kitab Allah dan merejamnya dengan Sunnah Rasullulah SAW... Mereka yang berpendapat begini termasuklah Ahmad bin Hambal(menurt salah satu riawayat daripadanya), ulama' Mazhab Zahiri, Mazhab Shi'ah Zaidiyyah dan lain-lain.[1]
Putarbelit yang dipaparkan dalam majalah itu amat merbahaya kerana ia berkaitan dengan Hukum yang telah Allah dan Sunnah Rasullulah tetapkan.
1.( Ibn Rushd. Bidayat al-Mujtahid, 2:363; Ibn al-Humam, Sharh Fath al-Qadir, 4 : 133; al- Sheikzakaria al-Ansari, Asna al-Matalib 4:128; Ibn Qudamah, al-Mughni,10:25; 'Abd al-Khaliq al-Nawawi, al Tashri, al-Jinai,h90, 'Abd al-Qadir 'Audah, al-Tshri al-Jinai al Islam ,(2:385)
Sabar adalah menahan diri daripada marah kepada perkara yang tidak disukai dan menahan lidah daripada mengadu kepada selain Allah. Pengertian ini diperkuatkan dengan pandangan al-Ghazālî dalam al-Arba‘în fî Uŝūl al-Dîn yang menyebut hakikat sabar adalah keteguhan [thabāt] yang mendorong hidup beragama dalam menghadapi dorongan nafsu. Ujar al-Ghazali:
“bermula hakikat sabar itu keteguhan yang membangkitkan agama pada melawan keinginan hawa nafsu”.
Dalam diri manusia ada dua ‘tentera’ yang saling berlawanan. Pertama kekuatan akal dan segala peralatannya, kedua syahwat dan segala pendorongnya. Sekiranya pendorong agama lebih kuat dan dapat mengalahkan hawa nafsu, bermakna seseorang itu telah dapat meraih kesabaran.
Sabar antara lain terdiri daripada sabar dalam memerangi nafsu, sabar ketika menghadapi kejahatan lidah dan tangan orang lain, sabar menghadapi kematian dan kebinasaan harta dan seumpamanya dalam situasi yang berbeza-beza. Ada perbezaan antara nama-namanya bergantung kepada tempat pemakaiannya. Keadaan ini dapat dilihat seperti berikut:
i. Sekiranya ‘sabar’ dihubungkan dengan mengawal diri ketika ditimpa musibah, dinamakan sabar, tidak dengan nama yang lain, lawannya ialah gelisah.
ii. Sekiranya ‘sabar’ dihubungkan dengan pertempuran, dinamakan sebagai berani lawannya pengecut.
iii. Sekiranya ‘sabar’ dihubungkan dalam hal menghadapi kesulitan perasaan dinamakan lapang dada dan lawannya meluat atau membosankan.
iv. Sekiranya ‘sabar’ dihubungkan dengan menahan percakapan dinamakan diam dan lawannya memecahkan rahsia.
Pernyataan berlakunya pertentangan antara akal dan syahwat dalam diri manusia memberi pengertian bahawa sabar adalah ciri khusus yang hanya ada pada manusia kerana ia bertolak dari menghadapi dua keadaan tersebut.
Malaikat tidak ada padanya sabar lantaran kesempurnaannya, sementara binatang pula tiada padanya sabar disebabkan kekurangannya. Seluruh gerakan dan diamnya binatang itu dikendalikan oleh syahwat. Kejadian kedua-dua makhluk Allah ini tidak ada pertentangan di dalam dirinya sehingga mereka perlu kepada sifat sabar.
Malaikat dengan kesempurnaan pengabdiannya tidak dikuasai oleh nafsu lantaran kejadiannya tidak dibekalkan dengan nafsu, sementara binatang dengan seluruh sifat kekurangannya tidak dikuasai oleh kekuatan untuk pengabdian kepada Allah kerana kejadiannya tidak dibekalkan akal untuk ditaklifkan. Justeru itu sabar kepada kedua-dua makhluk Allah ini tidak diperlukan.
Sebaliknya manusia dikuasai oleh dua dorongan yang saling berlawanan. Dorongan kemalaikatan dan dorongan kebinatangan dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan berada di tengah-tengahnya. Dengan akal inilah manusia ditaklifkan atas amalan dirinya dan mampu merealisasikan sifat sabar atau sebaliknya.
Mereka yang bersabar di atas kejahatan dan kezaliman yang dilakukan orang lain terhadapnya dalam erti tidak membalasnya akan dikurniakan pahala yang besar oleh Allah. Firman Allah:
Terjemahan: "Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". [al-Zumar 39: 10]
Sabar mempunyai keutamaan yang tidak ada pada lain-lain ibadat. Penjelasan telah menggariskan beberapa perkara berhubung dengan keutamaan sabar:
1. Mereka yang bersabar akan memperolehi rahmat, pertunjuk dan keampunan daripada Allah. Quran menyebut:
Terjemahan: “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” [Surah al-Baqarah 2: 157]
2. Mereka yang sabar akan mendapat pertolongan dan pemeliharaan daripada Allah berdalilkan Quran [al-Anfal 8: 46].
Terjemahan: “Dan Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
3. Mereka yang bersabar dijadikan ikutan atau pimpinan oleh Allah. Quran menyebut:
Terjemahan: "Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami."
(Surah al-Sajdah 32: 24)
4. Mereka yang bersabar diberikan ganjaran pahala yang tidak terhingga. Firman-Nya:
Terjemahan: “Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (al-Zumar 39:10)
Allah taala telah menyebut perkataan sabar dalam Quran melebihi tujuh puluh tempat. Hadis juga banyak memerihalkan bahawa bersabar atas perkara-perkara yang tidak disukai adalah satu amalan kebajikan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:
Maksud: “Bersabar terhadap apa yang engkau tidak sukai itu (benci) adalah kebaikan yang banyak.”
Nabi Allah Isa pernah berkata:
“Sesungguhnya kamu tidak akan temui apa yang kamu kasihi melainkan kamu bersabar di atas apa yang kamu tidak sukai”.
Sabar di atas perkara yang dibenci ditujukan kepada perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu. Manakala perkara yang dibenci oleh nafsu itu pula membawa kebajikan kepada manusia. Begitu juga dengan maksud seseorang itu tidak memperolehi sesuatu yang dikasihinya kecuali bersabar atas perkara yang dibenci oleh nafsunya, lantaran nafsu [maksudnya nafsu amm±rah] sentiasa mendorong kepada kejahatan.
Menukil tulisan al-Ghazali dalam al-Arba‘in f³ U¡l al-D³n, menyebut perihal sabar itu mempunyai tiga tingkatan mengikut lemah dan kuatnya. Iaitu:
1. Tingkatan Paling Tinggi.
Iaitu sabar yang dapat mengalahkan dorongan-dorongan nafsu secara menyeluruh hingga tiada lagi tinggal kekuatan yang bertentangan dalam dirinya. Tahap ini dapat dicapai dengan mengekalkan kesentiasaan sabar melalui proses mujahadah yang panjang. Bilamana sampai pada peringkat ini mereka termasuk dalam kalangan yang dimaksudkan dalam Quran:
Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (al-Ahqāf 46: 13)
Terjemahan: “(setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!” (al-Fajr 89: 27-28)
Seruan kepada nafs al-mu¯ma’innah dalam Quran [al-Fajr 89: 27] adalah ketika hampir mati, sementara pada hari kiamat, mereka ini diseru dengan seruan:
Terjemahan: "Serta masuklah Engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia "Dan masuklah ke dalam syurga-Ku! "(al-Fajr 89: 29-30)
2. Tingkatan Yang Lebih Rendah.
Iaitu seruan ke arah nafsu lebih kuat dan dapat mengalahkan dorongan agama, dan hawa nafsu menang dalam pertentangan tersebut, lalu hati tunduk kepada tentera syaitan. Mereka ini diseru dengan seruan seperti yang disebut dalam Quran:
Terjemahan: "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". (al-Sajdah 32: 13)
Mereka yang berada pada peringkat ini ada padanya dua alamat:
[i] Bahawa mereka ini terdiri dari orang-orang yang sering melengah-lengahkan taubat kepada Allah dan berkata kepada dirinya: “aku ingin akan taubat tetapi teruzur atas aku, maka tiada loba aku padanya.” Orang yang seperti ini adalah mereka yang putus asa lagi binasa.
[ii] Bahawa mereka yang tidak ada padanya keinginan untuk bertaubat, dan membisikkan kata-kata pada dirinya: “Allah taala sangat pemurah, sangat pengampun, sangat kasih sayang, terkaya Ia daripada taubatku, maka Syurga yang luas itu tiada sempit ia daripadaku”! Mereka yang tidak ingin bertaubat sebenarnya telah ditawan oleh keinginan sendiri, dan tidak digunakannya kecuali mengeluarkan helah bagi menunaikan kehendaknya jua. Golongan ini adalah: “orang yang telah jadi akalnya tawanan bagi keinginannya, dan sentiasa mencari helah untuk menunaikan keinginannya”.
3. Peringkat pertengahan.
Bahawa mereka ini tiada merasa lemah dalam pertarungan antara akal dan nafsunya. Kadang-kadang akal yang menyeru kepada agama memperolehi kemenangan, dan waktu itu terhasilah sabar, dan kadang-kadang tentera syaitan yang menang, pada waktu itu sabarnya hilang. Demikianlah silih berganti. Walau bagaimanapun mereka ini tergolong dalam golongan yang bersungguh-sungguh berjuang dan termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah sebagai:
Terjemahan: “Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Tanda-tanda mereka yang berada pada peringkat ini ialah ia meninggalkan keinginan yang lemah dan tidak berupaya pula dari keinginan yang kuat; dan kadang-kadang ia meninggalkan keinginan yang kuat pada satu ketika dan tidak pada ketika yang lain. Bagaimanapun ia tetap merasa berdukacita atas kelemahannya dan sentiasa ia melawan nafsunya serta memeranginya. Jihad terhadap nafsu ini adalah dari sebesar-besar jenis jihad, hingga dikatakan padanya sebagai: al-jih±d al-akbar.
Manusia dalam kehidupannya sentiasa menghadapi dua situasi berikut: Iaitu perkara-perkara yang disenangi oleh kemahuannya dan perkara-perkara yang menyalahi kemahuannya. Berdasarkan kepada manusia menghadapi perkara tersebut sepanjang masa, maka sabar diperlukan oleh manusia sepanjang masa, bagi menghadapi dua keadaan tersebut.
Manusia berhajat kepada sabar dalam menghadapi perkara-perkara yang serasi dengan keinginannya seperti tubuh badan yang sihat, keselesaan dalam hidup, adanya kekayaan dan pangkat serta seumpamanya. Bilamana ketiadaan sabar terhadap perkara tersebut nescaya akan terdoronglah manusia itu bersikap melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam menggunakan nikmat mengikut sesuka hatinya sehingga membawanya jatuh ke dalam kehancuran. Malahan bukan sekadar itu, sabar dalam menghadapi perkara ini adalah dikatakan lebih sukar. Beliau tidak pula menghuraikan dengan lebih lanjut mengapa dikatakan lebih sukar. Bagaimanapun jika dilihat kepada pandangan al-Ghazali, dikatakan lebih sukar kerana sabar di sini berkait rapat dengan keupayaan. Misalnya orang yang lapar lebih mampu bersabar menghadapi kelaparan ketika makanan tiada di hadapannya berbanding dengan ketika makanan yang enak-enak sedia terhidang di hadapannya dan ia berupaya pula untuk memakannya.
Ada kata-kata Sahabat yang menyebut:
“ Kami diuji dengan percubaan kesusahan maka sabar oleh kami dan kami diuji dengan percubaan kesenangan maka tiada kami sabar”.
Sabar terhadap perkara-perkara yang disenangi nafsu itu ialah dengan ketiadaaan perasaan cenderung hati kepada kesenangan tersebut, kerana ia merupakan pemberian yang bersifat sementara semata-mata, bila-bila masa sahaja ia boleh diambil daripadanya; dalam menggunakan kesenangan itu pula hendaklah tidak secara berlebih-lebihan dan menyedari bahawa kesenangan yang dinikmati itu tidak pula melalaikan hidupnya. Menjelaskan sabar terhadap perkara-perkara yang tidak disukai oleh hawa nafsu, Ia terbahagikannya kepada empat:
1. Mengerjakan Ketaatan
Manusia memerlukan sabar ketika melakukan amal ketaatan seperti mengerjakan sembahyang. Ini disebabkan nafsu manusia kadang-kadang dipengaruhi oleh sifat malas mengerjakannya atau merasa kedekut bila hendak mengeluarkan harta untuk berzakat.
Ataupun mempunyai dua sebab sekaligus seperti dalam mengerjakan ibadat haji dan keluar untuk berjihad fi sabilillah. Amal-amal ketaatan ini memerlukan kesabaran yang banyak dan sukar dilakukan. Oleh itu sewaktu mengerjakan ketaatan ini seseorang itu perlu kepada sabar dalam tiga keadaan berikut:
[i] Ketika permulaan mengerjakan ibadat dengan menghasilkan ikhlas dan sabar daripada runtunan yang membawa kepada sifat riyak.
[ii] Ketika mengerjakan amal ketaatan tersebut. Iaitu tidak malas untuk menunaikan segala yang fardu dan sunatnya.
[iii] Ketika selesai mengerjakan amal ketaatan itu, iaitu bersabar daripada menyebutnya dan menzahirkannya dengan riyak dan sum‘ah.
2. Sabar Meninggalkan Maksiat
“Sabar daripada maksiat itu lebih sukar daripada sabar atas mengerjakan taat, istimewa maksiat yang sudah diadatkan, kerana bertolong-tolong padanya tentera hawa nafsu dan tentera adat. Maka jika berhimpun kepada keduanya oleh mudah mengerjakannya nescaya tiada sabar daripadanya melainkan al-¡iddiq”.
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa manusia memerlukan kesabaran yang banyak terutama terhadap maksiat-maksiat yang tidak membebankan dirinya seperti mengumpat dan berdusta. Ataupun maksiat-maksiat lain seperti riyak, sukakan pujian sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan, senda gurau yang melampaui sehingga menyakiti hati teman-teman, atau ucapan yang menghina, mencemuh orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.
Inilah yang dimaksudkan dengan sabar meninggalkan perkara maksiat. Bahawa menahan diri atau sabar diri daripada mengerjakan maksiat ini dianggap sebagai berjihad melawan nafsu. Menghujahkan perkara ini dibawakan Hadis:
اَلْمُـجَـاهِدُمَنْجَاهَدَنَـفْـسَـهُ.
Maksud: Orang yang berjihad itu ialah orang yang memerangi nafsunya.
3. Perkara Tidak Berkaitan Dengan Ikhtiar Tetapi Boleh Diusahakan Untuk Menolaknya.
Dalam hal ini contoh seperti orang yang diganggu oleh orang lain dengan lidah atau tangan, lalu ia sabar dengan tidak bertindak membalas perbuatan tersebut. Bersabar dalam hal ini ada kalanya menjadi wajib dan ada ketikanya menjadi keutamaan.
Perkara yang dinyatakan di atas telah dihujah dengan ayat Quran:
Terjemahan: "Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang Yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang Yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya Kami telah menjadi pengikut kamu; maka Adakah kamu dapat menolak daripada Kami sedikit dari azab Allah? " mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan Selamat kepada kami, tentulah Kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
[Ibrahim 14: 12]
Kenyataan berikut ini dapat menjelaskan lagi perkara di atas:
a. Athar Sahabat yang menyebut: “Kami tidak menghitung seseorang itu benar-benar beriman apabila ia tidak sabar di atas kepayahan”.
b. Allah berfirman:
Terjemahan:” janganlah Engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).”
(al-Al-Ahzab 33: 48)
dan firman-Nya lagi:
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدۡرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (٩٧) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِينَ (٩٨)
Terjemahan: "Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. "(al-Hijr 15: 97-98).
c. Nabi Muhammmad s.a.w pernah disakiti orang dengan mengatakan bahawa baginda tidak berlaku adil dalam membahagikan unta serta tidak berlaku ikhlas dalam pembahagian tersebut. Apabila ungkitan itu diberitahu kepada baginda, Nabi s.a.w. bersabda:
Maksud: "Maka siapakah lagi yang berlaku adil apabila Allah dan Rasul-Nya tidak berlaku adil?. Allah telah merahmati Nabi Musa a.s. Sesungguhnya beliau disakiti lebih banyak daripada ini maka beliau tetap bersabar."
d. Allah menyebut dalam Quran dan memerintahkan bersabar terhadap perkara-perkara menyakiti yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman. Dalam surah āli ‘Imran 3: 186, Allah berfirman:
Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” 4.Sabar Menerima Qadak Allah
Sabar menerima qadak Allah ini seperti kematian orang yang dikasihi, musnahnya harta benda dan sebagainya disebabkan bala bencana yang menimpa. Bersabar dalam menghadapi perkara-perkara ini menurut adalah setinggi-tinggi pangkat kesabaran.
Penjelasan al-Ghazali menyebut bahawa darjah kesabaran yang tinggi sedemikian itu dapat dicapai dengan meninggalkan rasa kesal lantaran terlampau sedih dengan sesuatu musibah yang menimpa, seperti bertindak mengoyakkan baju, menampar pipi, terlampau banyak merintih sambil melahirkan perasaan dukacita yang keterlaluan. Sayugianya perkara-perkara tersebut hendaklah dihindari, dan hendaklah menerima qadak Allah itu dengan rasa lapang dada dan berkeadaan seperti biasa. Bahagian sabar yang keempat ini menyebut bahawa sabar ini adalah setinggi-tinggi pangkat sabar. Ungkapan ini diiringi dengan membawa kata-kata Ibn ‘Abbas [w:68H/687M] berkenaan tiga pangkat sabar dalam Quran: "sabar atas menunaikan segala fardu dan baginya tiga ratus pangkat dan sabar atas yang diharamkan Allah taala dan baginya enam ratus pangkat dan sabar atas bala pada ketika jatuh ia dengan terkejut dan baginya sembilan ratus pangkat".
Kesempurnaan iman tersusun dari sabar dan syukur. Adanya sabar memberi erti seseorang itu telah memenuhi separuh daripada keimanan. Manakala keimanan yang sempurna pula adalah gabungan daripada sabar dan syukur. Beliau menegaskan: “dan tatkala adalah iman yang sempurna itu tersusun daripada sabar dan syukur”. Kenyataan di atas beliau perkukuhkan dengan Hadis:
Maksud: "Iman terbahagi kepada dua: Separuh pada (terletak) pada kesabaran dan separuh lagi (terletak) pada kesyukuran." Keimanan yang sempurna tidak terkeluar dari konsep Hadis di atas, kerana konsep iman itu ialah membenarkan dengan hati, menuturkan dengan lidah dan beramal dengan anggota. Ketiga-tiga perkara tersebut terbahagi kepada dua bahagian berikut: i. Mengerjakan segala yang diperintahkan, hal ini merupakan hakikat syukur. ii. Meninggalkan segala yang dilarang, hal ini merupakan hakikat sabar dari mengerjakan maksiat.
Pintu Laluan Iblis Masuk ke dalam Hati Manusia (P1)
Pintu Laluan Iblis Masuk ke dalam Hati Manusia (P2)
Kuliah Mingguan
Al-HIKAM bahagian1
Al-HIKAM bahagian 2
Kelas Pengajian Pemurnian Hati
Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf(Al-Hikam) Bhg 1 dan Bhg 2
Penulis : Ibnu Athaillah Askandary
Terjemahan & Sharah : Prof. Dr K. H. Muhibbudin Waly
Sinopsis
Buku ini membicarakan hikmah dari ilmu Tauhid dan Tasawuf yang dipetik dari buku induk yang terkenal iaitu Al-Hikam karya Ibnu Athaillah Askandary. Buku ini mengasuh diri dengan akidah Islam, mensucikan batin dan mengekang jiwa dari tuntutan hawa nafsu.
Dengan menggunakan kitab ini sebagai teks dan rujukan, kuliah ini di sampaikan setiap minggu kepada pelajar-pelajar UTM, staf dan penduduk setempat di masjid dan surau sekitar Skudai dan Kulai.
Jam
Kalendar
Search This Blog
Seulas rasa
Dalam mengharungi kehidupan, manusia tidak dapat melepaskan diri dari memberi dan menerima bantuan.Malahan manusia tidak boleh menghadapi cabaran kehidupan ini dengan bersendirian.Dari aspek fizikal manusia sangat memerlukan bantuan dan pertolongan daripada anggota masyarakat yang lain.Tanpa bantuan tersebut manusia akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Dari aspek yang lain pula manusia memerlukan pertolongan dan kerjasama dalam melaksanakan tuntutan spritual mereka.Dari dua bentuk keperluan ini, maka syariat Allah S.W.T. telah menetapkan supaya manusia hendaklah setiasa merasakan konsep kebersamaan dan kekitaan untuk meneruskan kehidupan dari sudut yang zahir dan batin. Keadaan ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, danjanganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya ( bagi mereka yang melanggar perintah-Nya)
Sarjana Muda(Usuluddin Dakwah dan Kebudayaan Islam)Al-Azhar(Mesir)
Sarjana Pengajian Islam dan Tasawuf,UM.
Doktor Falsafah,Ph.D Pengajian Islam dan Tasawuf UM.
Pengantar Ilmu Tasawuf Ahwal dan Maqamat Dalam Ilmu tasawuf Kebersamaan dalam Ilmu Tasawuf Pengantar Falsafah Sains
Pengantar lImu Tasawuf
Pengantar Ilmu Tasawuf
SINOPSIS
Buku ini membicarakan mengenai tasawuf secara khusus. Antara aspek yang dibincangkan ialah pengenalan tasawuf dan masalah tarekat dan suluk dalam disiplin ilmu dan amalan tasawuf. Penulis mengemukakan beberapa persoalan penting yang berhubung dengan ilmu tasawuf dalam konteks dunia moden kini. Buku ini diharap dapat menyelesaikan beberapa kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dalam memahami kedudukan ilmu tasawuf. Dalam masa yang sama, ia dapat menjadi rujukan dalam menyelesaikan persoalan lain yang berkaitan.
Kandungan Pengantar Ilmu Tasawuf
Prakata Bab 1 Manusia dan Tasawuf Pengenalan Kesimpulan
Bab 2 Sumber, Prinsip Ilmu dan Amalan Tasawuf Pengenalan Sumber Al-Quran Prinsip Ilmu Tasawuf Istilah Imu Tasawuf Takwa Zikrulah Muraqabah Mursyid Raf' al-Himmah Menuntut Ilmu Khalwat, 'Uzlah dan Suluk Rakan/ Kawan Seperjuangan Menjaga Adab Kesimpulan
Bab 3 Tarekat dan Suluk Pengenalan Pengertian Tarekat Tarekat Menurut Tasawuf Kepentingan Tarekat Suluk dan Khalwat Kesimpulan
Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf
Sinopsis Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf
Buku ini mengupas tentang peningkatan rohani yang dilalui oleh seorang insan dalam perjalanan menuju Allah S.W.T. Secara ilmiah buku ini meninjau sudut kerohanian tentang kesulitan seorang insan menempuh liku-liku kehidupan untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Dari senario ini, Penulis mengenengahkan beberapa langkah penting yang perlu diambil bagi mengatasi kesulitan tersebut. Penulis berharap buku ini dapat memberikan kefahaman kepada pembaca perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan rohani.
BIODATA
KANDUNGAN
Kata Penghantar Pendahuluan
BAB 1 AL-AHWAL DAN AL-MAQAMAT Definisi Hubungan al-hal dan al-maqam Tingkatan al-ahwal
BAB 2 AL-MAQAMAT Maqam al-Tawbah Definisi Al-Quran dan Maqam Tawbat Kaedah mencapai maqam tawbah
BAB 3 MAQAM AL-ZUHUD Definisi Tingkatan zuhud Pembahagian zuhud
BAB 4 MAQAM SABAR Definisi Sabar al-Quran dan sifat sabar Tingkatan maqam sabar Kategori sabar
BAB 5 MAQAM AL-SYUKR Maqam syukur menurut Ibn ´Ata´illah Pembahagian syukur Al-Quran dan maqam al-Syukr
BAB 6 MAQAM KHAUF DAN RAJA´
BAB 7 MAQAM REDHA DAN TAWAKAL Tawakal Tingkatan tawakal Al-Quran dan maqam tawakal
BAB 8 MAQAM MAHABBAH Syarat mahabbah Tanda mahabbah
BAB 9 PENUTUP
kebersamaan dalam ilmu tasawuf
Sinopsis
Buku ini membincangkan dan menghuraikan secara khusus beberapa aspek kebersamaan yang bersifat kerohanian dalam ilmu tasawuf. Secara ilmiah buku ini menyentuh mengenai konsep kebersamaan seorang hamba dengan Tuhannya, Rasulullah s.a.w., para guru dan orang yang soleh, konsep kebersamaan dalam melaksanakan ibadah, peperangan, organisasi, dan kebersamaan dengan kematian dan alam kubur. Buku ini juga memaparkan pandangan ulama tentang konsep kebersamaan untuk dijadikan landasan beramal dalam ilmu tasawuf.
KANDUNGAN
Pendahuluan Penghargaan Transliterasi Singkatan
BAB 1 KONSEP KEBERSAMAAN Pengenalan Konsep Kebersamaan Kesimpulan
BAB 2 BEBERAPA BENTUK KEBERSAMAAN Pengenalan Bentuk Kebersamaan Kebersamaan dengan Allah S.W.T. Kebersamaan dengan Rasulullah s.a.w. Kebersamaan dengan Guru Mursyid dan Orang–orang Soleh Kebersamaan dalam Melaksanakan Ibadat Solat Kebersamaan dalam Peperangan Kebersamaan dalam Organisasi Kebersamaan dengan Kematian dan Alam Kubur
BAB 3 PANDANGAN ULAMA BUKAN TASAWUF Pengenalan Pandangan Ulama Bukan Tasawuf
BAB 4 PANDANGAN ULAMA TASAWUF Pengenalan Imam al–Ghazãli Ibn ‘Atã’illah al–Iskandari (W. 709H) Imam Ahmad ibn Hanbal (W. 241H) Kesimpulan